My Krabi Escapade 2009

Assalamualaikum..

Entri kali nie berkenaan percutian singkat aku ke Krabi, Thailand dan mungkin ni celoteh terpanjang aku dalam blog APAIPICTURES ni sebab aku nak percutian aku ni turut beri manfaat pada orang lain..

Setahun yang lepas, aku ke Melbourne untuk melawat & menjemput tunang tersayang dan aku dah rancangkan untuk siapkan satu travelog untuk aku kongsikan pada rakan-rakan sebagai rujukan andai kata ade yang nak ke sana pulak…tapi aku hanya mampu buat separuh jalan..dan aku tak sempat nak kongsi pon travelog tuh.
Jadi kali ni, harapnya aku mampu walaupun travelog aku mungkin ringkas sahaja.

Aku memang suka berjalan ke tempat orang, tengok kehidupan masyarakat lain mampu mengubah cara kita berfikir dan bertindak. Patutlah Nabi pon pesan..tuntutlah ilmu sampai ke negeri China..Ye la, kalau time tuh..drp padang pasir Arab ke China, baik jalan darat atau laut, konpem azab tapi digagahkan jugak demi mencarik ilmu dan sebarkan syiar Islam. Kenapa lagi jauh lagi bagus?? bukan la tak boleh dalam negeri tapi kalau sekitar Malaysia je…ruang lingkup kehidupan dan masyarakat sama je…dari segi sosialnya tak banyak beza kecuali loghat bahasa negeri masing-masing. Cukup la pasal ni eh… aku citer terus pasal pengalaman aku ke Krabi tapi sebelum tu nak ucap terima kasih untuk Dato’ Seri Tony Fernandes sebab pasal dia la sekarang ni makin ramai orang Malaysia mampu travel ke luar negara (secara budget).. Hidup Air Asia :)

Trip ni memang dah lama aku impikan…puas nak carik kawan yang boleh join dan akhirnya ade la sorang dua yang nak join aku. Dalam sibuk aku rancang trip ni, rupanya ade beberapa orang budak opis aku yang baru je balik dari Krabi..huhu, kalau aku tau, aku join jek diaorang dulu..tapi takpe, bagus jugak camni sebab aku leh tanya lebih lanjut pasal Krabi. Perancangan dari segi kos biasanya jadi persoalan besar…tapi satu la aku nak kongsi, kalau kita terlalu memikirkan duit jadi halangan…sampai bila-bila la korang dok tengok je la orang lain travel sana-sini. Aku kongsi sekali pasal costing trip Krabi aku ni. Rancang la betul-betul sebab kadang-kadang duit yang dilaburkan mampu beri kita pulangan lebih besar dari segi pengalaman dan cara hidup pada masa akan datang. Disiplinkan RM50 sebulan…hujung tahun depan leh ke Angkor Watt pulak..hik hik.

Ok, hari yang dirancang tiba pada 4hb November 2009. Tiket awal lagi aku dah beli masa Air Asia buat promosi..RM186 untuk tiket pergi-balik (KUL-KBV-KUL). Sehari sebelum tu, aku singgah money changer kat Carrefour Wangsa Maju lepas balik keje. Nilai dia aku kongsi di akhir cerita nanti okay. Kadar tukaran dia mudah..lebih kurang RM1 = 10 Baht. Esok pagi 4hb tu, aku berangkat ke rumah Saril di Kota Warisan, Sepang sebab nak tinggalkan kereta kat sana. Terima kasih Saril sebab sudi tumpangkan kereta, hantar dan ambik kat airport lagi…:)

Flight kul 1.30 petang..dan disebabkan masa Thailand ni sejam lambat..aku sampai 1.45 petang (2.45 PM di Malaysia). Aku dan Jay terus ke kaunter bas transit bila sampai airport Krabi… tiket bas ke Ao Nang Beach ialah 150B (RM15)… Sebab aku memang plan untuk carik sendiri penginapan hanya bila sampai Ao Nang, aku mintak bus turunkan aku kat “Ao Nang Centre”..kena ckp kat konduktor yang kita nk turun kat Centre sebab diaorang akan tanya hotel mana kita tinggal..unless memang korang dah booking mana2 hotel/resort online, so leh la bgtau diaorg terus. Samapi kat Ao Nang Beach, aku & Jay terus carik mane port nk tido.. carik yang low cost jek… kena pandai carik la rate berbeza ikut season. Time aku pegi ni kira dah nak masuk high season, tapi ok la..aku dapat bilik harga 500B untuk 1 malam (RM50..kongsi 2 orang kira RM25 sorang). Memang aku nk stay 1 malam je kat Ao Nang sebab hari kedua nak check-in kat Phi Phi Island lak. Tapi aku saran, sape nak pegi..terus stay kat Phi Phi Island..atau Ao Nang..sebab trip island hopping besenya start awal pagi dlm kul 9 camtu..so, aku agak buang masa dengan travel ke Phi Phi walhal aku mungkin leh start wat trip island hopping. Sebelum jumpa bilik tadi tue, sempat la aku singgah makan…kat sini melambak jual fruit shake..range harga 40-60B. Aku pekena mango shake vs nasi putih ngan lauk ape ntah name dia..sumpah sedapppp dan lazat tak hengatt. Original Thai cook…untuk harga 120B (RM12). Mango Shake tu bleh plak campur pisang sikit…siap hias bunga. Wajib cuba kalau gi sana.

Lepas masuk bilik, letak beg…kuar balik untuk ronda sekitar Ao Nang Beach… ade orang tempatan dok carik kepah rasanya petang2 kat situ… dan sebab muka aku ni memang ade cam komunis sikit… manjang jek orang sana belasah cakap Thai ngan aku…huhu. Daripada pantai dah leh nampak pulau-pulau batu kapur di kejauhan…pemandangan yang best dan di seberang jalan..banyak kedai-kedai makan dan kedai-kedai yang melibatkan pelancongan untuk kita singgah. Aku dengan Jay sibuk carik info dengan agensi-agensi kat situ… kena rajin survey dan tawar-menawar. Aku beli siap2 tiket feri ke Phi Phi Island untuk esok pagi dengan harga 300B (RM30)..akan ade orang pickup kita dari Ao Nang bawak ke jeti di Krabi…dan kami book terus penginapan di Phi Phi Island daripada ejen. Diaorg charge 700B (RM70/2 org = RM35 sorang). Bukan ape, aku takut sampai Phi Phi takde bilik kosong…

Lepas settle urusan trip, si Jay yang kadar metabolisme dia memang tinggi ni, ajak try makan kat gerai-gerai tepi jalan tuh… ramai drp diaorg ni Muslim jadi tak susah nak dapat makanan halal. Untuk pengetahuan, 40% daripada penduduk Krabi beragama Islam. Aku merayau2 lagi pastu…survey ape yang patut sebab kul 10 malam kat sana, hampir sume kedai dah tutup. Aku plak leh lupa nak aktifkan Maxis roaming, so phone aku lgsung tak dpt line kat sana. Nak call guna public, syiling lak nilai dia kecik gila..10Baht sama dengan singgit. Syiling memang jarang guna kat sana. Nak guna 15Baht (RM1.50) yang aku ade untuk call Australia number…tak sempat nak habiskan salam pon kot :p. So,balik bilik..mandi..layan tengok tv jap..terus tido. Channel dia banyak oo…maklum arr, sana leh pakai parabola.

Pagi 5hb November, bangun dengan semangat (Jay yang kejut). Kul 8 pagi sana, toksah mimpi nk carik kedai untuk sarapan ye. Kami pegi 7-Eleven, beli roti..tuna dalam tin tu untuk sarapan. Beli dengan air kotak sume, tak habis pon 100B (RM10). Air Red Bull murah kat Thailand ni, RM1 jek sebotol…Jay minum dah cam minum air mineral…  Sarapan jek kat kaki lima sambil tunggu orang pick-up.. ngam kul 8 pagi, ade lori kecik datang ambik…ade gak la group mat saleh sekali dalam tu…Ao Nang ke jeti Krabi amik masa dalam 30 minit gak… sampai jeti, tukar voucher ejen ke tiket feri dan terus naik.. Andaman Wave Master..amik seat belah atas untuk air cond. Aku dok bawah sebab tak perasan ade dek atas tu..haha. Perjalanan ke Phi Phi Island amik masa dalam 1 jam setengah. Minah dgn mat saleh ni sume dah siap2 berjemur kat luar feri…tak menyempat2. Orang tempatan yang memnag selalu naik feri ni..siap bukak table main race (daun terup).. aku ingat main kosong suka-suka…sekali tengok makcik ni senyum bila menang..main duit rupanya… Yeah, aku kini di Thailand :)

5 minit nak sampai jeti Phi Phi Island, aku dah terkesima…pemandangan yang maha cantik. Besar kuasamu, Ya Allah. Phi Phi Island ni ade 2 bahagian..Phi Phi Don & Phi Phi Lay. Koh dalam bahasa Thai adalah pulau. Antara lain yang sempat aku belajar :-

Hello : Sawatdee karp
Terima kasih : Karp koon kap
Takpe/It’s ok : mai pen rai

dan ade la sikit2 lagi..penting untuk kita amik tau sikit bahasa tempat yang ingin dilawati sebab orang tempatan akan rasa dihargai kalau kita sudi bercakap bahasa mereka. Untuk tujuan lain, leh dapat diskaun lebih masa urusan tawar-menawar :)

Sampai pulau, terus jalan-jalan kat kawasan market kat sini… aku teringat Kampung Jawa kat Melaka sebab suasana dia lebih kurang je. Kalau nak carik penginapan, baik jalan-jalan carik sendiri la sebab ulat-ulat kat jeti ni sedia jek menunggu…koman2 pon 150B(RM15) diaorg markup untuk harga bilik. Jadi rayau-rayau la dulu sebelum buat ape-ape keputusan. Aku ni sebab dah booked bilik siap2 drp Ao Nang, so x risau sangat..saja jalan untuk dapat mood… lepas dah dapat idea, ape aktiviti nak buat..aku pon check in kat P.P Sand Sea View resort.. bilik style chalet..boleh tahan..dan sebab tempat ni agak hujung,so agak mendamaikan la..kena pulak depan-depan terus pantai.. sementara nak tunggu bilik siap kemas untuk aku check-in, kami makan la jap kat restoran sebelah resort.. nasi goreng seafood untuk aku dan nasi goreng daging untuk Jay… kesimpulan dia, beras Siam memang superb. Lunch yang berharga 70B (RM7). Lepas check-in, aku siapkan gear kamera aku..x sabar dah ‘menembak’. Kuar pegi pantai Koh Dalam Bay kat seberang pulau…sana memang port mandi & port berjemur (sumpah panass weh..apsal la mat saleh ni seksa diri) sebab pantai belah aku ni…port kapal-kapal berlabuh. Singgah sana jap sebab Jay nk mandi…gila mamat ni..tengahari buta dok mandi laut..mentang2 la ade stokin lengan Repsol Honda :p

Kul 1.30 petang, aku gerak ke pengkalan untuk naik bot sebab kami ade amik pakej sunset trip. Pakej berharga 750B (RM75) ni akan bawak kita melawat ke Monkey Bay (teluk yang ade monyet-monyet pulau macam kat Pulau Beras Basah, Langkawi tuu),berhenti kejap kat Viking Cave (ade sejarah mengatakan tempat pelayar dulu berteduh bila waktu ribut dan gua ni jugak byk sarang burung layang-layang yang mahal), bot jugak akan port kat Loh Samah Bay untuk aktiviti berkayak dan snorkeling… wajib cuba dua-dua ni… cuma yang tak beast sebab bot ni besar so tak boleh nak masuk jauh sikit ke dalam kawasan teluk…kalau luar kawasan teluk,ombak agak kuat…so, snorkel kat laut beralun camni akan membuatkan risiko telan air laut lebih tinggi. Tapi kan memang la laut dia sangat biru dan batu karang pon cantik-cantik lagi. Lepas tu, bot bawak kita ke Maya Bay..tempat filem ‘The Beach ‘ tu… sampai sana petang so air agak surut. Tempat ni kira wajib dilawati kat Phi Phi Lay Island. Memang lawa dan luas…pantai dia macam dilindungi bukit batu kapur besar belah kiri dan kanan.. Sepanjang trip, diaorng memang sediakan air..dan sedikit buah-buahan. Makan berat dia bagi masa nak balik…nasi goreng (boleh tambah woo..)…dan  masa balik ni..kita leh layan sunset drp atas kapal..tapi sebab sekarang ni kan cuaca selalu hujan..so, banyak awan yang buatkan sunset tak kelihatan waktu trip aku ni…yang nampak…awan besar dengan hujan mencurah dari jauh…aku ade share gambar tu dalam slideshow. Balik ke jeti balik..dah gelap..so, terus balik bilik la.

Kenyang nasi goreng masa trip buatkan kami tak payah dinner lagi…,alas dengan burger jek..oh ye, coconut milk shake dia sedap..padahal pakai santan kotak tu je :)  Lepas jalan-jalan sekitar pekan Phi Phi…nighlife sana lagi happening dari Ao Nang ye. Aku ajak Jay lepak kat jeti… Hmm, kalau aku tau..aku beli roti ke kopok ke..sbb leh bagi ikan-ikan makan… kat jeti tu banyak ikan-ikan kecik berkumpul … aku letak kaki dlm air konon nak buat spa ikan..haram tak dijamahnya..ternyata kaki aku wangii. Aku perasan ade fire dance kat hujung pekan..leh nampak dari jeti, so kami gi sana untuk layan jap fire dance.. ala, yang orang pegang tali/kayu pastu hujung ade api…pusing2 buat skill bagai.. layan slow shutter speed dengan tangan…huhu. Penat aku tahan napas tak nak bagi menggigil mase snap. Bar yang bagi show fire dance ni nama dia Carlito’s Bar…eceh, patut la Senik pesan kat aku suh kim salam bini dia kat Phi Phi Island ni. Senik ni kawan Sulatanated aku..name manje dia Carlito gak.
suka la tu, citer psl dia ade dalam travelog aku.

Abis show, balik bilik…tido…kena gigit nyamuk pulau yang halus tapi gatal nak mampos. Oleh itu, jgn lupa bawak repellant ye..kecuali tido kat hotel mahal di Phi Phi Island ni. Patut la kaki mat saleh yg kena gigit monyet petang tadi banyak tanda-tanda merah. Oh ye, petang mase trip tu..kat Monkey Bay…minah saleh ni kena gigit ke cakar kalo tak silap kat betis dia. Monyet2 kat situ memang kebulur agaknya..so, jangan la mencangkung kalau takde ape2 nak bagi sebab nanti dia terus datang terkam. Aku mencangkung nak amik gambar pon kena…tetiba jek dah ade sekor panjat kat bahu aku…sib baik hero terror selamatkan diri.

Pagi 6hb…bangun dan sambung mandi pantai kat Koh Dalam Bay..kat situ pon dah leh layan coral . siap ade ikan-ikan yang bese kita tengok mase snorkel tu..tapi kena jalan/berenang jauh sikit arr. Kalau kita genggam pasir kat sini, kita leh perasan yang itu bukan pasir semata..dia mcm cengkerang-cengkerang yang halus..kira mcm pecah atau mcm kena blend. Teori Jay kata tempat ni dulu sure banyak gila coral tapi hancur sebab bot–bot banyak masuk…so, kipas bot dah hancurkan kawasan coral ni tadi..kena pulak tempat ni pernah kena tsunami. Lepas puas mandi, balik bilik untuk siap2 check out. Tokey chalet siap pesan kalau datang lain kali terus contact dia sebab bilik tu sebenarnya cuma 500B semalam (RM50) tapi sebab aku ambik melalui ejen..kena bayar 700B(RM70). Aku amik bisnes kad dia, just in case. Pastu,gerak ke jeti dan kami beli tiket feri balik ke Krabi, kali ni 350B (RM35) termasuk transport dari Krabi ke Ao Nang. Lepas dah konpemkan tiket, carik port nak makan…ade kisah yang sangat lawak terjadi…serba salah aku nak citer.. Jay, aku bukan nak malukan ke ape tau..saja nak kongsi sebab kisah ni lawak dowh…lagipon takde ape nak malu pon..kan??

Kisahnya, bila kitaorg nak rasa pure Thailand punya tomyam… kami jumpa la satu kedai yg nmpk mmg ade served tomyam. Tapi bila aku masuk, aku perasan diaorg jual air setan gak & ade tempat sembah siap colok kat sudut.. So, aku start tanya..

Aku      : Here..halal or not??
Jay      : We Islam..Muslim can eat here??

Budak kedai ni x paham…muka berkerut-kerut…adoiyaii..aku tanya lagi..

Aku      : We are Muslim, your food halal or not?

tetiba je….

Jay      : Allahu Akbar..Allahu Akbar (siap dua belah tangan kat telinga)

dia bantai azan kat kedai tuh… :p

Aku      : Weh Jay, ko gi azan apsal??
Jay      : Dah dia x paham kita cakap….

Gila lawak siak…muka budak pompuan tu lagi pelik..sib baik..berkat azan si Jay..ade mamat sorang kat belakang perasan, pastu bgtau kat budak kedai tu ape ntah…so, x leh la nk makan kat situ…

Aku pon memnag nk blah time tu carik kedai lain…kedai area2 situ jugak…and yes, halal plus dapat rasa tomyam koong dia… boleh la…sedap bagi aku..dan sangat sedap bagi Jay. Total makanan kami cuma 280B (RM28). Nasi putih dua pinggan..Fanta strawberry 2 tin, tomyam koong dan fried chicken with cashew nut.

Lepas makan…sambung jalan sekitar pekan Phi Phi…nk carik souvenir tapi tak banyak choice…diaorg banyak jual kraftangan yang bagi aku cam tak best nak jadikan souvenir. Lagipon, aku memang takde plan nak shopping ni..selain nak control agak budget tak lari..tujuan percutian aku ni lebih pada nak bersantai , tengok tempat-tempat cantik..rasa pengalaman di negera yang tidak semaju Malaysia dan tangkap gambar. Cuma ye la, Jay tak berapa gemar bergambar..so, aku takde sparring partner dalam kerja-kerja photoshooting sepanjang trip ni. Bot bertolak kul 3 petang..

Bot yang sama masa aku datang semalam…kali ni aku lepak atas…Jay siap lelap sebab air cond punya pasal. Aku kuar masuk amik gambar sampai la cap lens 50mm aku jatuh di muara jeti Krabi.. semadilah ko di sana wahai lens cap..ade mase aku dtg jenguk :P  bersama isteri tercinta, insyaAllah. Kat jeti, dah ade van tunggu untuk bawak kami ke Ao Nang Beach… kali ni aku stay kat Popeye Motel..lebih selesa dari bilik mase first day sampai..400B(RM40) semalam tapi takde tv…tak yah tv la kalau trip2 camni kan. Check in pon dah petang, owner dia takut kami tak datang..letak beg ..terus bergegas keluar balik sebab aku nk shoot sunset. sempat la shoot sebelum betul2 gelap..letak kat beg je sebab malas bawak tripod. Abis shoot, aku sambung jalan kat pekan Ao Nang.. makan kat gerai tepi jalan…kali ni nasi goreng seafood…dan aku lupa Jay makan ape..yg pasti, dia order lagi coconut milk shake…member dah ketagih coconut milk shake dengan Red Bull. Asal dia happy dan benda pon bukan haram…balunn.
Harga makan aku dalam 70B (RM7).

Lepas makan, carik info psl Muay Thai. Jumaat malam ..kat Krabi Stadium ade Muay thai Kickboxing… aku tukar lagi RM100..dpt la 912Baht sebab nak beli tiket ke stadium. Transport free memang ade..beli tiket kat stadium dengan harga 800B (RM80)..hmm, agak mahal aku rasa tapi sebab nk rasa pengalaman sebenar suasana Muay Thai..aku layann je la. Ade banyak game..daripada budak kecik..remaja..dewasa…balik ke budak kecik balik…kira puas tengok la..cuma boxer dia tak betul-betul power cam Yoedsanklai (juara The Contender Asia -AXN). Jay siap leh lena kejap…penangan coconut milk shake kot.

Abis game, pekan dah agak sunyi…so, beli sikit jajan untuk makan kat bilik sebelum tido. Esok paginya 7hb….check out kul 10 untuk amik bas ke Krabi Airport…rupanya bas transit dah  lepas… next trip kul 12.45 tengahari..padahal flight balik KL kul 2.00 petang…so, kami carik alternatif lain nak ke airport. Harga teksi 600B(RM60)..tuk-tuk pulak tak bawak sampai airport.. so, kena carik private teksi. Kebetulan, ejen yang aku amik trip sunset tu dah bukak..aku cakap nk ke airport..so, tanya dia ade tak keta sewa…dia offer 500B (RM50) tapi aku tawar ke 450B (RM45) sebab aku cakap aku kan ade amik pakej dgn dia.. Deal, dapat sebijik VIOS antar ke airport.. (RM45/2 orang = sorang RM22.50)

Sebelum tu, sempat la aku beli sikit cenderahati…Oh ye, mase naik VIOS tadi, aku borak sikit la dgn driver dia..orang Haadyai.. English dia broken habis tapi sikit2 leh la paham ape dia nak sampaikan.. “Malaysia good…Hatyai..Pattani..no good..beng benga (sambil tunjuk gayan org menembak)…kerghh(gaya kena sembelih). Betul tuh..dulu bila aku balik bercuti dari Melbourne, ade satu rasa semacam malu menjadi orang Malaysia. Trademark yang orang Malaysia ni peramah, sopan santun, berbudi bahasa tu aku mcm dah tak boleh terima sebab aku rasa orang sana lebih berbudi bahasa. Cara orang kita berfikir, bertindak,membuat keputusan dalam hidup seharian dan bagaimana tertinggalnya ketamadunan kita dalam batasan yang kita sendiri cipta buat aku rasa macam nak berhijrah je demi untuk dapatkan taraf hidup yang lebih ideal untuk aku dan generasi aku. Tapi aku cuba neutralkan keadaan sebab Malaysia nie tetap ade uniknya..tetap negara yang lebih baik dari sesetengah negara. Tu yang aku buat keputusan untuk lawat negara yang lebih mundur dari Malaysia. Dan lepas borak dengan driver tu td…aku kata kat diri aku..”Iye, aku beruntung sebab jadi orang Malaysia”…tapi sayang seribu kali sayang..Melayu mudah lupa..kata Che Det… Kalah bola..bakar kerusi..jahanamkan stadium…kalah pilihanraya…tuding sana, tuding sini. Kalah ape saja…ruang untuk kembali menilai kelemahan disempitkan oleh diri sendiri. Takpe…3 hari 3 malam lom tentu habis nak cerita pasal Mlaaysia kita ni..

Sampai kat airport, check -in dan lepak minum jap sementara tunggu flight sambil berdiskusi secara ilmiah dengan Jay mengenai pro kons adat perkahwinan Melayu dan faedah berjalan ke tempat orang..Hehehe. Sebelum boarding, aku beli coklat dengan harga 40B(RM4) untuk bekal.

Dan ade balance 64B (RM6.40) dalam wallet…. So, baki ni adalah dari jumlah penuh RM500 yang aku peruntukkan untuk trip ni… sesuai dengan tema percutian budget… Jadi, kawan-kawan…pergilah bercuti. Pulihkan semangat …reward diri sendiri…dan aku dah start untuk kerja lebih kuat untuk tahun depan…

Album Mat Shabri, Zico dan Raymond in progress… bulan ni ade wedding adik kepada Abg Aman (abg ipar Cham Kebal) dan member aku Zakri (Krik) pon amik aku sebagai photog… Dan minggu depan ni. aku cover wedding registration untuk Mira di Putrajaya.. pertama kali nak shoot non-Muslim ceremony. Dan Alhamdulillah..bulan 12 (Yasmin) dan tahun depan dah ade sikit2 booking…

Aku pon akan kuarkan pakej baru sebab nak sesuaikan dengan keadaan semasa. Pada yang dah tempah awal tue, jangan risau sebab pakej korang pada harga 2009.

Syukur atas nikmat :)

Hmm…sebab aku dah celoteh panjang..aku share slideshow je la untuk temgok gambar eh..takpon klik kat link FLICKR.. Jumpa lagi di entri akan datang.

  
Mohd Fairus Aris

This entry was posted in outdoor & recreation, personal. Bookmark the permalink.

9 Responses to My Krabi Escapade 2009

  1. ahmad carlito says:

    giler ar pai.. terpengaruh siak aku bace citer ko nie… kna pegi nie… tq sbb jumpe gak owg umh aku kt saner, rindu lak kt dia… hehe bab jay azan tue sumpah klakau siak hahaha

  2. comey abang says:

    travelog yang best^^.klaka, informatif, mnggerakkan otak..
    tahniah sayang:*..tu bru letak video tu..
    klu letak gamba abang yg lawa2 tu, mau nangis dorang smbil trus mndayung sampan g phi-phi..
    i love it^^!

  3. johnlabu says:

    BAPAK AHH…PANJANG SIAK…KO SKET2 NK SEBUT TANAH BESAU KO EK…TAU LE KAMPUNG HALAMAN…TP PAI,SEPATUTNYE KO KENE G MASE FORM 5 DULU…NK WAT KARANGAN PAPER BM2 SURE BESH…MESTI PAPER BM KO DPT 1 PUNYE…

  4. johnlabu says:

    camner ahmad carlito leh komen dulu dr aku nieh…..ni yg aku xpueh ati nie…

  5. Hazairi Jay says:

    aku azan sbb nak bagi hidayah kat depa.. ;)

  6. bern says:

    wow… review terbaik.. nak g jugak…

  7. saiful says:

    salam bro.very2 nice review!!!terinspirasi gak nk pegi sana..hehehe..nak tnya ni…kalau kat ao nang tu,stay di hotel mana?ok x hotel dia?saya tengok di internet susah cari rates under rm100..thanx a lot!

    • apai says:

      ao nang tu kalau survey kat internet mmg payah nk dpt harga bilik yg murah.. just pegi jek sana..ronda kat area kedai2 yg mmg ade byk tepi pantai..blkg lot kedai tu..diaorg byk sewakan bilik ala2 bacpacker.. boleh dpt 50Baht semalam…utk bilik yg leh muat 2 orang.

  8. hana hany says:

    Thanks 4 ur info…. interesting…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s