APAIPICTURES dah pindah ‘rumah’ baru..

Maaf jika terdapat sedikit kekeliruan, tapi ingin saya maklumkan di sini yang blog saya dah berpindah domain dan tidak lagi menggunakan hosting WordPress.. Oleh itu, sila singgah terus ke link di bawah okay… yang penting, teruskan menyokong saya… peace🙂

http://apaipictures.com

 


Posted in product | Leave a comment

Terima kasih dari APAIPICTURES untuk tahun 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Akhirnya tahun 2010 Masihi hampir sampai ke penghujungnya dan jika dizinkan oleh-Nya dan dipinjamkan nafas untuk beberapa ketika, maka dapatlah kita merasa nikmat udara di tahun 2011 nanti.. Saya panjatkan syukur yang tidak terhingga ke atas limpah kurnia yang diberikan ke hamba yang tidak selayaknya ini. Hina rasa diri bila hamba ini hanya selalu menerima walhal tidak selalu memberi dan mengingati padaNya yakni gagal menjalankan perintah yang diamanahkan. Doa hamba ini agar dalam hayat yang sementara ini, dapat kiranya perintah itu dijalankan dengan taat supaya cukup bekalan di akhirat yang kekal abadi.

Bercakap kepada diri sendiri di samping harap dapat memberi pesan kepada yang lain yang bahawasanya kita selalu megah menghukum dan bertindak seolah-olah lupa yang kita ini hanya pinjaman…nafas ini hanya pinjaman… nikmat dunia itu sementara… yang kekal abadi hanya Dia dan akhirat yang dijanjikanNya. Marilah kita sentiasa bersyukur dan menginsafi diri..cermin diri dan berbicara dalam hati… usah sentiasa selalu ketawa, tatkala maut pastikan hadir tak kira masa..

Dua perenggan pertama ini adalah perkara yang selalu membuat saya berasa malu..tapi diri lemah ini sentiasa lupa lantas tertanya-tanya.. layakkah aku mendapat syurga??

Ucapan penutup APAIPICTURES tahun ini ditujukan khas kepada keluarga, tunang dan bakal keluarga (insyaAllah..) , sahabat handai dan pastinya klien-klien APAIPICTURES yang sudi memberi kepercayaan untuk merakam detik bersejarah mereka. Jujurnya, saya tidak menyangka untuk sampai ke tahap sibuk sebegini walhal ilmu fotografi saya diakui tidak sehebat nama-nama besar yang kita sendiri sedia maklum kehebatannya..terlalu ramai untuk disebut dan jumlah ini semakin bertambah dari hari ke hari. Ada terlalu banyak cerita dalam keluarga fotografi Malaysia.. alirannya, sikapnya, caranya.. terpulang pada kita untuk menaksir setiap sesuatu itu dalam cara sendiri.. cara positif jalan terbaik pastinya, cuma rasa iri itu selalu didahulukan sehingga suasana negatif itu tercetus dengan sendirinya.

Gambar yang cantik..cukup sifatnya..betul tekniknya…’hidup’ emosinya di mata adalah sesuatu yang sangat subjektif dan besar penilaiannya pada setiap individu. Fahamlah bahawa Allah tidak mencipta kita sama sahaja. Belajar dan terus belajar..cuba untuk kekal rendah diri mungkin dapat membantu setidak-tidaknya untuk diri saya sendiri. Tidak perlu terlampau ego dan bangga dengan pencapaian tatkala itu juga hanya pinjaman dariNya. Lebih elok berkongsi dan saling mengingati dengan nada berseni..agar kita semua maju seiring. Ungkapan dalam filem Laskar Pelangi “hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya..bukan menerima sebanyak-banyaknya” menjadi sesuatu yang selalu membangkitkan berahi saya untuk terus berusaha. Harap terus mendapat sokongan semua.

Ucapan terima kasih ini saya panjangkan lagi kepada keluarga klien-klien APAIPICTURES yang sudi bekerjasama sepanjang saya menjalankan tugas. Tidak lupa kepada bakal klien yang memberi peluang kepada saya untuk tahun hadapan. Disisipkan ucapan maaf juga kepada semua andai ada yang tidak memuaskan hati, tersilap kata, tersalah percaturan masa dan kiraan harga sepanjang kita bekerjasama. Semua yang tidak dijangka ini akan memberi pengajaran berguna untuk diri saya supaya bekerja dengan lebih cermat dan bertanggungjawab adanya.

Sedikit pesan berdasarkan pengalaman saya, mungkin ilmu ini terhad tetapi cukup rasanya untuk memberi sesuatu yang berguna. Khas untuk bakal klien dan bakal pengantin, fahami kehendak fotografi anda di majlis bersejarah nanti. Ringkasnya, anda ingin majlis yang meriah, gemilang dan bersejarah dan pastinya anda juga mahukan setiap detik-detik ini dirakam agar menjadi kenangan di hari mendatang. Jurugambar anda bertanggungjawab melaksanakan tugas ini..tetapi anda juga perlu bekerjasama dalam merealisasikan tujuan ini. Luangkan masa untuk memahami keadaan cahaya dan warna semasa majlis kerana dua elemen inilah yang bakal memberi impak kepada majlis tersebut. Kenal warna kulit anda dan warna yang sepadan dengannya.. terlalu banyak untuk disampaikan dan pesan ringkas, berbicaralah dengan jurugambar dan berbincanglah seadanya. Mood jurugambar turut memainkan sedikit peranan.. kenyataan yang boleh disanggah jika diungkap dengan nada berniaga. Tidak perlu terlampau kompleks..cuma kekalkan budi bicara dan sematkan yang mereka juga manusia yang bekerja sekaligus tidak mahu dianggap sebagai hamba.

Mengakhiri ucapan dan bual bicara..hanya rasa syukur dan ucapan terima kasih lagi yang mampu diungkapkan. Sokongan anda semua terlalu berharga untuk dilafaz dalam bentuk kata-kata. “Ya Allah..Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Kau berkatilah hidup kami semua dan hindarkanlah sengketa juga malapetaka.”

Bertemu lagi kita di tahun hadapan jika diizinkanNya.. dan benarkan saya bercuti seketika. Melepas lelah penat bekerja dan mengqada’ rindu pada tunang tercinta..

Psst, atas masalah roaming..no telefon saya tidak akan berfungsi bermula dari pukul 1.20 tengahari @ 22hb Disember hingga 1 Jan 2011. Hubungi saya melalui Internet (Facebook/Yahoo) okay🙂

  
Mohd Fairus Aris

Posted in personal | Tagged , , | 1 Comment

Myra & Izzuan | 3,4 & 11 Dec 2010

Assalamualaikum, Pasangan yang akan menghiasi entri kali nie ialah Myra & Izzuan dan APAIPICTURES dengan rasminya mengisytiharkan yang ini ialah tugasan terakhir untuk tahun 2010. Ade lagi satu benda nak isytihar tapi di penghujung nanti la. Majlis di sebelah pihak … Continue reading

Gallery | Tagged , , , | Leave a comment

Shukor & Zaiton | 27 Nov 2010

Tanggal 27hb Nov, aku beraksi pulak untuk pasangan Shukor & Zaiton di Tmn Angkasa, Jalan Puchong. Shukor ni sebenarnya sepupu kepada Cik Tun iaitu anak kepada Pak Long. Rumah diaorang pun belakang jek rumah Cik Tun..

Hari dimulakan dengan majlis marhaban dan cukur jambul untuk Lina Kesuma Purnama Sari, anak buah pengantin. Melihat kepada lingkungan usia makcik-makcik yang bermarhaban ni.. timbul gak perasaan risau sebab tak mustahil kalau adat ni lenyap suatu hari nanti kalau takde usaha dibuat untuk menyerap tenaga muda menyertai kumpulan-kumpulan tersebut. Belia dan beliawanis zaman sekarang semakin jauh dengan benda-benda nie..usah kata nak marhaban, nk buat kuih-kuih tradisional pun..berapa jerat jek yang pandai. Fikir-fikirkanlah ye🙂 nak sambung cerita kawin Shukor nie..

Untuk majlis kali ni, aku ade assistant yang merangkap bakal adik ipar sendiri, Boboy.. kalau ade minat, ape la salahkan..lagipon waktu cuti2 sekolah ni..bukan buat ape pon. So, aku bagi dia 2nd body untuk handle dan output dia boleh dikira ‘impresive’.. Ok, perenggan nie kira kredit untuk ko ye, Boy aka Pa’an..

Majlis berjalan lancar sampai la dalam kul 4 camtu..sebab awan dah mula merengek nak nangis.. kelam jek muka dia. Dan masa shoot Shukor & Zaiton untuk posing dalam bilik pengantin, betul2 awan kasi nangis. Habis basah bumi..tapi kejap jek la so boleh la buat outdoor shoot lepas2 tue..

Sebenarnya, ade rasa sikit kekok gak sebab orang-orang yang terlibat dalam majlis ni jugaklah yang akan terlibat masa majlis aku & Cik Tun nanti, segan gak bila kena usik pakcik2, jadi atas dasar profesionalisme.. tanggungjawab harus dilaksanakan..eceh :p Tapi nasib baik gak dah pernah join Family Day dulu, so tak la kekok sangat. Pada bakal-bakal newcomer family Said Dorani, jangan risau..pakcik makcik anda semua sporting & best..hehe (tak bunyi bodek kan??) Errm, bulan Januari ni plak..kena shoot majlis untuk anak Cik Awa & Cik Ju di Shah Alam.. jumpa di sana ye.

Pada keluarga Pak Long dan Mak Long..juga pada pasangan pengantin, maaf kalau ade salah silap masa bertugas dan setinggi tahniah diucapkan ye. Lepaih nie hang kena belajaq cakap utagha la no…Meh kita layan gambaq plak..

  
Mohd Fairus Aris

Posted in wedding | Leave a comment

Syaiful Baharin & Sabrina | 19-20 Nov 2010

19hb Nov 2011 @ 7.15PM, aku sampai di Segamat.. kali nie beraksi untuk majlis perkahwinan Sabrina & Syaiful Bahrin. Menyingkap sejarah aku dengan Sab nie, kitaorg kenal masa sama-sama masuk keje di syarikat khidmat pelanggan kepada perkhidmatan jalur lebar.. hari-hari jawab call, troubleshoot thru phone pastu kena maki tak tentu pasal.. Akibat tak tahan kena maki, batch kami secara sepakat berhijrah ke syarikat IT terkemuka di dunia ..sebut nama mesti tau punya (seriyes bunyi angkuh..huhu).

Nak jadikan cerita, aku kenal dengan Cik Tun pon melalui Sab punya akaun “Kawan’ster.. kata zaman millenium..hehe. So, kira besar la jasa Sab ni pada relation kami. Sekarang ni Sab dah pangkat2 manager..dasat oo. Dan Alhamdulillah, dia bagi kepercayaan sekali lagi kat aku untuk shoot gambar kahwin dia selepas majlis pertunangan yang aku shoot dulu dgn Cik Tun.

Nikah pada sebelah malam hari Jumaat 19hb Nov tu..majlis disusuli dengan upacara berinai. Memang meriah gak la sebab keluarga Sab sendiri memang ‘meriah’ dan sambung belah esoknya, 20hb untuk persandingan. Tapi sebelah pagi tu Sab sempat la buat majlis khatam Al-Quran dan cukur jambul. Waktu berarak tu Sab & Syaiful diiringi oleh kumpulan kompang cilik..stylo gak performance dia.. berkompang sambil berzapin la kira. Tapi standard belah Johor ni bila berarak ialah dia punya ‘tol’..siapkan sampul je la, seguni kalau boleh🙂 Tapi benda ni sekadar nak menyerikan majlis la…bergurau-gurau antara kedua belah family.

Dan masa majlis berlangsung ni..sempat la jumpa Zico & Miza..klien aku dulu. Dah ade baby..seronok tengok klien dah menimang zuriat..walhal rasa mcm baru jek lepas shoot diaorg tgh make-up..siap2 nak kawen🙂 Selamat berbahagia la aku ucapkan pada semua bekas klien..rasa mcm nk buat promo baby shoot utk ex-client APAIPICTURES..hehe

Selesai majlis, belah petang kami kuar outdoor sekitar Segamat atau lebih tepat di kawasan Stesen Keretapi Segamat selepas sesi outdoor di ladang getah hanya sempat berlangsung 10 minit… serangan bala tentera nyamuk punya pasal.. Scene baru la untuk aku, sampai menyelinap masuk kat jambatan keretapi..terima kasih buat pengapit lelaki dan member Sab yg sudi ikut tu ye. Dan semestinya sekalung tahniah dan terima kasih untuk Sabrina & Syaiful..moga berbahagia ke akhir hayat. Maaf kalau ade kekurangan dari pihak APAIPICTURES sepanjang majlis berlangsung ye..

Jom layan gambar…

Kalau nak layan lagi, klik bawah ye..

http://www.flickr.com/photos/apaisnapshot/sets/72157625334215467/show/

Psstt…sedih dengan kualiti gambar yg diupload kat ‘mukabuku’ sekarang, dan aku rasa macam dah mula menjangkit kat FLICKR gak problem ni😦

  
Mohd Fairus Aris

Posted in wedding | 6 Comments

We are in the mood :)

Posted in personal, wedding | Leave a comment

Faiz & Huda | 7 Nov 2010

Lepas majlis Sue di Seremban, aku bertugas lak di Bukit Jelutong keesokannya untuk merakam gambar di majlis Faiz & Huda. Tugas ni sebenarnya datang daripada sifu aku,Azim Puch. Terima kasih boss🙂
Azim dah shoot untuk majlis nikah dan sanding sebelah Huda sehari sebelum tue kat Teluk Intan.

Majlis sebelah keluarga Faiz di Bukit Jelutong ni berjalan lancar..majlis yang ringkas tapi meriah. Attire pengantin pun simple, ringkas dan kaler menarik..aku suka camni, tunjuk kat Cik Tun..dia pon suka. Cuaca pulak agak merisaukan mula-mula tapi Dia paham, so Dia bg air sikit2 je untuk sejukkan hari siang..syukur. Aku sesat la kejap masa sampai, main pusing-pusing kat area Bukit Jelutong tuh…walaupun aku pernah shoot kat sini dulu sekali untuk majlis Aida & Rizal di Dewan Guthrie.

Faiz & Huda rupanya dah siap2 make-up drp Teluk Intan dan terus balik ke Bukit Jelutong. Memang diaorg sampai on time la untuk majlis berarak. Aku pon sebelum tue..just bawak diri ke hulu ke hilir shoot family Faiz yang sememangnya ramai. Sib baik adik Faiz tunjukkan mane satu mak ayah sebab aku tengok iras muka semua sama jek.

Ade satu peristiwa best nak aku kongsi sebab aku sangat suka bercerita topik rezeki. Asalkan kita buat keje ikhlas, niat kita baik..InsyaAllah, ganjaran dari Dia selalu ada. Petang masa kuar outdoor shoot tu, aku bawak Faiz & Huda ke showroom Sime Darby dan mase nak balik tu, aku terperasan padang tempat orang main layang-layang.

“Faiz..ko larat lagi tak nak shoot?? Kena lari2 sket..” Aku tanya Faiz sebab aku terpikir untuk shoot kat situ sambil Faiz & Huda main layang2.”Aku ok jek..tapi aku tak bwk duit nie..” sambut Faiz. Aku pon mmg tak kisah nak beli layang-layang tu sebab leh buat prop & anak buah aku pon ramai, boleh diaorg main nanti:)

Bila sampai kat padang, Faiz perasan kat kocek dia ade duit org bagi masa salam2 ..so dia nak guna duit tu la kira. Tapi bila brader yg jual layang2 tu tau aku nk guna kejap je untuk jadik prop pada pengantin. “Kejap dik..abg ambik yang besar punya..tak yah beli la.. pinjam jek ni ha kejap”. Memang rezeki pengantin la kan.. dan aku ucapkan kat brader tue “Semoga bertambah murah rezeki abang”.

Psstt..takut woo bila kena cover job sifu :p

  
Mohd Fairus Aris

Posted in wedding | Tagged , , , , | Leave a comment