HIRED : Ayer Keroh Country Resort shoot session..

Posting kali ini adalah berkenaan yang job yang aku dapat untuk shoot sebuah resort kat Ayer Keroh.. terima kasih buat sahabat, Amir Murtadha yang bukak peluang nie..

Resort ni nak gambar-gambar yang boleh dioarg pakai utk buat website, pamplet dan flyers nanti dan  diaorg nak konsep ‘close to nature’ sebab memang resort ni sendiri di kawasan yang agak ‘hijau’. Ayer Keroh Country Resort ni terletak kat sebelah Taman Mini Malaysia tu je…3 minit perjalanan dari exit Tol Ayer Keroh.. Dinner dgn kawan2 reunion SMKASM aka Sultanated tahun lepas pon kitaorg buat kat sini.

Ini kira job pertama aku untuk tujuan komersial la…dan koleksi gambar persekitaran, bilik dan makanan adalah keutaamaan untuk klien.. 2 kali aku dtg sebab nak ambik shot yang berbeza… dan 2 kali dalam keadaan cuaca yang berbeza gak… pengalaman yang bagus untuk aku….dan kira pengalaman yang ngeri gak sebab aku kena panjat sampai 2nd base menara telekomunikasi tuh untuk dapatkan overview shot. Okess, korang layan gambar la ha..komen2 membina sangat aku harapkan…🙂

















Tapi aku tolong promote gak la papehal pon, sila layari LINK ini ye !!

Ade sikit cerita tambahan untuk post kali ni… bukan ape sangat la pon, saja nak share gambar bas “Double Decker” yang aku jumpa masa bawak anak buah aku jalan2 kat Pantai Puteri… Kalau dulu, bas ni sinonim dengan kota London…kini Melaka pon dah ade…. cum tak berapa pasti samada bas ni asal dr London ke tak..:p


OK..sekian dulu ..jumpa lagi…

This entry was posted in nature, personal, product. Bookmark the permalink.

9 Responses to HIRED : Ayer Keroh Country Resort shoot session..

  1. johnlabu says:

    aku pernah stay kt cni dulu mase br balik study dr new york dulu…tempat nie mmg menarik…nyaman & mendamaikan…sesuai utk org2 seni mcm apai nie mencari ilham…(bukan ilam kfc…).makanan disini pun menarik..sape2 yg dtg ke melaka bole la menginap disini…mmg best…utk keterangan lanjut hubungi En. Fairus – 0122448757….

  2. tahniah!
    anda mmg layak mnjadi cinta hati saya!:):*

  3. azura says:

    tahniah gak!
    anda mmg layak jadi cinta hati adik saya🙂😛

  4. johnlabu says:

    tahniah!
    anda mmg layak menjadi cinta hati…erk…erk…????

  5. johnlabu says:

    upppss…lupe lak nk bgtau…bas tue mmg diambil terus dr london…london da xpakai lg da bas tue…kire nk lupuskan la mcm bas mini kt area kl dolu2…so,die jual la kt melake…

  6. ahin2960 says:

    melaka pakai 2nd hand suda ler….

  7. sangat suka gamba dalam bilik dan gamba makanan..
    sangat smooth, cant see any noise..very sharp, even ed80 tade vr, pandainyee:)
    tapi paling saya suka gambar yang last tu
    rindu!
    :*

  8. johnlabu says:

    saya pun suke gak..!!!

  9. aliRustam says:

    ko nie john, nk jugakkk…
    fairus, tupai tue idup ke yg plastik nyer?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s