Khairunnisaa & Nik Hazlan | 27-28 Dec 2009

Assalamualaikum..

Entri kali ni berkenaan majlis kahwin Nisa & Lan dan majlis ni kira job terakhir aku untuk tahun 2009… Alhamdulillah, harap tahun 2010 ni menjanjikan sinar yang lebih cerah..aku janji yang aku akan berusaha lebih kuat dan perbaiki segala kelemahan. Terima kasih atas kepercayaan & sokongan ye.

Ok, sebenarnya Nisa ni kenalan kepada Cik Tun di Melbourne nuh.. aku kenal Nisa pon masa gi sana tahun lepas… melayan diaorg shopping masa boxing day..what a memory🙂 Ade mase nanti nk re-post la gambar2 masa kat sana..

Dan genap setahun kenal..dia pon kahwin. Nisa bertugas di UMS Sabah..dan diaorg ni pon kategori cinta jarak jauh gak la cam aku ..hehehe. Diaorg bercinta dari zaman study dulu woo..kat UPM.

Majlis berlangsung di Kg. Gersik, Muar. Mereka bertunang dulu pagi tu.. dan tengaharinya baru la majlis nikah. Aku memang salute dengan masyarakat sana..dari segi kerjasama dalam menjayakan majlis.. mana tak, walaupun majlis berlangsung hari Isnin..tapi meriah dia sama jek mcm buat time weekend.

Dejavu gak la kejap aku kat sana bila teringat masyarakat kampung semua kerja keras nak jayakan majlis..dan paling best, ade live band main 60-an..lama dah aku x jumpa kugiran otai2 ni perform time majlis kahwin.. pulak tu, ade telur rebus yang balut pakai tisu merah tu.. time aku kecik dulu, konpem dah wat main laga telur.. dulukan semua mainan cipta sendiri je.. Bukan takat telur,sparring ikan laga, spider even bijik getah pon wat main laga2 ni..agaknya tu psl la orang Melayu ni kuat ber’laga’..

Masa berubahkan..x jumpa dah sume tu… kalau la aku leh wat cam dulu2 mase majlis kawen aku sok.. Budak2 kecik sume, kita siapkan satu dulang dgn lauk,nasik sume..carik port makan bawah pokok..best2..

Isk..cam dah lari tajuk…huhu. Ok la, buat pasangan Khairunnisa & Nik Hazlan..semoga berbahagia dalam melayari alam rumahtangga k… kita layan gambar ha…

Al seperti al biasa, sila klik kat link bawah kalau nak layan slideshow FLICKR ye..🙂

http://www.flickr.com/photos/apaisnapshot/sets/72157623016934089/show/

  
Mohd Fairus Aris

This entry was posted in Uncategorized, wedding. Bookmark the permalink.

2 Responses to Khairunnisaa & Nik Hazlan | 27-28 Dec 2009

  1. nazs says:

    lawa baju nikah kak nisa! i like,…..

  2. johnlabu says:

    i pon like jugak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s