Bukit Tabur – revisited

Salam,

Entri kali ni bukan berkenaan wedding tapi pasal sikit aktiviti outdoor. Sejak bergerak sebagai freelance photographer ni, hujung minggu aku yang sebelum2 ni selalu dihabiskan dengan aktiviti outdoor terpaksa aku korbankan… Jadi bila ade peluang untuk beriadah sesekali nih..aku try la semampu mungkin. Nak join kawan2 lain buat trip hardcore memang payah la skg😦

Dipendekkan cerita, minggu lepas aku trekking lagi naik ke Bukit Tabur kat Melawati. Dan aku nak cerita Bukit Tabur ni turut jadi manfaat pd org lain sebagaimana cerita aku gi Krabi dulu. Mungkin bagi yang dah biasa pegi/naik/panjat Bukit Tabur ni…cerita dia biasa jek tapi aku rasa ade ramai lagi orang yang nak rasa pengalaman sama.

Bukit Tabur ni sebenarnya ade 2 bahagian.. West & East. Yang biasa didaki, sebelah West la sebab trek yang sedikit mudah berbanding East dan jugak tarikan ‘karpet lumut’ di puncak. Ade yang gelar Bukit Tabur sebagai ‘Dragon’s Back’ sebab kalau kita lalu di sepanjang MRR2 (Gombak-Ampang), kita akan perasan yang Bukit Tabur ni seolah2 tulang belakang untuk seekor naga yang besar…kononnya. Bukit Tabur ni dikira alternatif mudah la untuk warga KL yang minat mendaki ni sebab dekat dan tahap dakian yang sesuai untuk amatur. Tapi tak boleh ambik mudah sebab ade laluan yang agak mencabar dan berbahaya. Ade kawasan trekking yang menuntut kita memanjat kawasan batu kapur dan tanpa pengawasan dari orang-orang berpengalaman.. perkara tak diingini mungkin boleh berlaku. Bukan nak takutkan tapi sebagai info tambahan supaya kita sama2 berjaga-jaga, perangkaan mencatatkan sekurang-kurangnya 5 kes kemalangan jiwa berlaku pada pendaki2 Bukit Tabur setiap tahun.

Bercerita mengenai Bukit Tabur (West), pemandangan yang sama macam korang panjat gunung2 mungkin dapat disaksikan jika pendakian dimulakan awal2 pagi. Kabus pagi,sunrise, sunset dan sebagainya kira pemandangan yang hampir pasti dinikmati dan pemandangan Dam Klang Gate juga sesuatu yang mengasyikkan. Pada masa2 cuaca cerah.. kita juga boleh nampak Genting Highland di kejauhan.Struktur KLCC dan KL Tower juga semestinya boleh dilihat dari jauh.

Cara untuk sampai ke Bukit Tabur.. melalui MRR2.. susur keluar ke Taman Melawati jika korang dari Gombak dan susur ke Taman Permata jika korang dari Ampang tapi masuk kanan bawah flyover tuh…terus ke area perumahan Taman Melawati. Nanti akan jumpa sekolah sebelah kanan, terus sampai roundabout.. ambik pukul 9. Jalan terus sampai roundabout lagi satu dan kali ni amik pukul 12..terus dan dalam jarak 100-200 meter nanti korang akan jumpa simpang 3. Amik kanan..terus sampai jumpa simpang Y, amik yang kanan..terus ikut jalan sikit bengkang bengkok tu sampai la jumpa pintu masuk rumah kawalan empangan Klang Gate. Boleh la park tepi2 situ.. kalau weekend, pagi2 lagi dah banyak kereta park tepi2 jalan sebab warga emas dari kaum Cina suka naik sana. Starting point Bukit Tabur ni korang leh nampak dari tepi tebing/tembok batu kat depan pintu pagar tuh. Terus la trekking naik atas.. 500 meter pertama agak canak la jugak bagi yang pertama kali nak try. Peralatan asas seperti minuman yang mencukupi, makanan, ubat-ubatan, torch light dan plastik sampah besar yang mungkin berguna untuk kutip sampah jika ade pendaki terdahulu ‘tertinggal’ & berguna jugak jika hujan turun semasa trekking.

Pada yang ingin mencuba..selamat berjaya..okay🙂

Harap citer aku sikit membantu..selebihnya macam biasa..kita layan gambar..

  
Mohd Fairus Aris

Psstt..gambar last yang tak tahan tuh🙂

This entry was posted in nature, outdoor & recreation and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Bukit Tabur – revisited

  1. johnlabu says:

    apai…jgn takbur naek bukit tabur….

    gamba last tue ko xtahan tahan nafas ke…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s