Nizam & Linda | 12-13 Jun 2010

Entri maraton yang ketiga untuk hari ni..huhu.

Pasangan kali pon member sekolah dulu gak..tapi sampai form 3 sebelum beliau berpindah ke SM Teknik Bukit Piatu. Nizam Minhat dan pasangan beliau, Linda, seorang pensyarah di UTEM, Melaka. Ni kira lagi sekali operasi membengkokkan badan sebab habis je shoot outdoor untuk Atong dan Noi pada 12hb tu..aku lepak minum jap dengan diaorg kat Telok Mas sebelum terus gerak ke Asahan, Jasin..Stesen minyak Shell kat pekan Jasin tu jadik tempat aku singgah mandi jap.. tengah2 mandi tu aku dengau dah ade org membebel kat luar.. konpem menyirap sebab tunggu aku lama..bila keluar, ade minachi kecik siap pakai full dress sari ditemani atok dia dah terpacak dgn muka x puas hati..Sori la beb, lenkali x buat lagi.

Sampai kat rumah Nizam, hari dah gelap tapi Nizam x sampai lagi sebab siang tadi dia sanding kat belah rumah perempuan di Sungai Udang. Kalau ikut aturcara, diaorang buat malam berinai dengan berzanji. Majlis start sedikit lambat malam tu tapi bagus gak sebab sempat aku lelap jap :p
Nizam punya persalinan malam tu mantap, kuning diraja woo..tanjak dia charor.. Malam tu siap ade karaoke session & sib baik umah Nizam ni jauh gak la jarak dengan umah lain sebab aku dah rasa macam session tu mau lajak sampai ke pagi..hehe.

Abis majlis malam tu, aku tumpang tido kat umah Nizam…nak balik Tangga Batu memang idak ler..jauh satu hal, jalan plak gulapp gulita..dengan penatnya lagik. Sekali dgn deejay pon tumpang tido..bila borak2 dgn deejay,Zack, rupa2 nya member2 masa main bola zaman2 sekolah rendah dulu..tapi dia wakil Merlimau.. aku wakil Tanjong…huhu.

Tenanngg jek tido kat umah dia sebab dialunkan bunyi orang mengaji. Aku tabikkk.. Menjelang pagi 13hb tu plak, start dengan majlis khatam Quran dan terus sambung ke majlis bersanding/bertandang. Masa dok shoot kat dalam umah, aku terperasan gambar2 lama yang ayah Nizam, Kapt (B) Minhat Manas framekan..bila aku tengok ade 2 frame gambar payung terjun..aku leka jap, pastu aku tegur ayah dia “Dua-dua gambar ni pakcik terjun kat tempat sama ker?? Selamba ayah Nizam jawab “Gambar sebelah tu makcik ko..” Uikkss..mak Nizam pon penerjun gak dulu..Dasat woo..

Alhamdulillah, sumenya berjalan lancar dan aku dapat spot yang sangat best untuk shoot outdoor.. kat kaki Gunung Ledang..weehooo..

Pstt..teringat zaman naik Gunung Ledang masa form 4 dulu.. ikut trek Asahan.. pengalaman pahit yang best🙂

  
Mohd Fairus Aris

This entry was posted in wedding and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Nizam & Linda | 12-13 Jun 2010

  1. tuah says:

    cantik2 warna baju pengantin…pengantin pon ceria….

    capal? i likeeeee……

    pengantin laki happy sangat..sampai terangkat ibu jari kaki..hehehe

    • apai says:

      betul2..baju diaorg cun… tp tang terangkat ibu jari kaki..aku nk kena check balik..sampai ke situ ko tengok eh..bagus2🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s