Majlis Berbuka Puasa bersama warga Rumah Anak Yatim Darul Izzah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..dah seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh berkat nie. Harapnya diberi kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan ibadah puasa sehingga penghujungnya..

Entri kali ni adalah berkenaan majlis berbuka puasa. Aku perasaan yang sahabat aku dalam bidang fotografi ni, Diwant, dok offer kat FB kot ade sesapa nak join dia shoot Majlis Berbuka Puasa bersama warga Rumah Anak Yatim Darul Izzah di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. So, aku join la sebab aku pon x buat ape Sabtu lepas.
Tujuan utama aku lebih pada nak mahirkan diri shoot dalam keadaan ‘low light’ disamping beramal la kira. Job ni sebenarnya kira tajaan fotografi dari Diwant sendiri untuk majlis ni melalui syarikat dia, Detik Indah Wedding & Portrait Photography.

Aku tabik la sikap terpuji ni.. lebih-lebih lagi pada bulan mulia ni kan..sama2 la kita berbuat kebaikan lebih dari kadar biasa sebab Dia pon dah janjikan pahala yang berlipat kali ganda. Bukan la nak bersyarah ke apa tapi aku suka nak jadikan blog ni sebagai medan memupuk sikap kasih sayang dan perilaku2 baik lain selain dari berkongsi hasil kerja fotografi aku..

Berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya penganjur kepada majlis ni adalah pelajar-pelajar dari Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM) atau dulunya Akademi TV3. Majlis ni kira projek akhir diaorg sebab diaorg ni pon line broadcasting. Respek la kat diaorg atas penganjuran yang berkesan macam ni..dengan jumlah sponsor yang mereka dapat mcm Pusat Pakaian Hari-Hari, Adabi dan beberapa syarikat lagi..memang kira berjaya la gak.. anak-anak yatim yang hadir pon happy dengan aktiviti yang ada. Yang bestnya, sebab diaorg jemput Nazrey Johani..ex-Raihan untuk nyanyi 2-3 lagu drp album terawal Raihan.. sekarang Nazrey dok aktif buat kerja amal dan dalam proses nak bangunkan madrasah di Sabah. Beliau datang bawak anak-anak buah daripada kumpulan Algebra.. leh tahan gak diaorg perform. Pulak tu, ade Datok Yahya Sulong, veteran komedi Malaysia..sempat la aku dok borak dengan beliau lepas2 berbuka tuh..dok citer pasal sejarah Kelab Sultan Sulaiman ni yang sememangnya dianggap antara monumen sejarah Kuala Lumpur dan bangsa Melayu sendiri. Tahun-tahun mendatang bila diaorg dah bangunkan Kg. Baru… maka lenyaplah sebahagian dari sejarah.

Ok eh..panjang dah bercerita..masa untuk share gambar..tapi sebelum tu nk ucap terima kasih kat semua terutama kat Diwant/Detik Indah la… ade rezeki, kita tag lagi🙂

Ok, kalau nak layan lagi gambar-gambar lain..leh layan slide FLICKR, klik bawah tu ye🙂

http://www.flickr.com/photos/apaisnapshot/sets/72157624727966878/show/

  
Mohd Fairus Aris

This entry was posted in event and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Majlis Berbuka Puasa bersama warga Rumah Anak Yatim Darul Izzah

  1. budakbarukenaldunia says:

    Amal baik dibalas bail oleh allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s