IFTAR @ Gathering Sultanated | 28 Ogos 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, tinggal tak berapa hari lagi nak raya dan diam tak diam, kita dah berpuasa lebih dari 20 hari.
Entri blog kali nie adalah berkenaan Majlis Berbuka Puasa lagi dan kali ni dengan rakan-rakan dari zaman sekolah menengah.. Kalau perasan, dah ade beberapa post pon cerita mengenai geng2 Sultanated nie.. Aku kongsi cerita la sikit mengenai sejarah Sultanated nie ye..sebenarnya gelaran Sultanated ni kami gunakan mula dari tahun 96-97 camtu la..waktu tu kami form 2-3..dan aliran fesyen hebat time tu adalah dari jenama Alien Workshop. Kebanyakan siri fesyen dari jenama ini dilabelkan sebagai “Alienated”. Kita nie kan senang terpengaruh..so, sapa yang bersekolah pada zaman tuh mesti ingat dengan seluar denim besar banyak poket dan logo kepala alien dengan mata bulat besar tue :p

Nama sekolah pon Sultan Muhammad.. dan time tuh sume gila brand ‘Alienated’ ni.. tup2, kami dah gelar batch kami as a SULTANATED.. tapi yang bangganya, kami dapat tau yang gelaran SULTANATED ni terus diguna pakai oleh batch2 selepas kami..kira kalau ex-Sultan Muhammad tuh..SULTANATED la kira..huhu.. Tapi title pioneer dia kira batch kitaorg la..

Ok, cukup cerita sejarah.. Majlis Berbuka Puasa ni sebenarnya memang dah jadik acara rasmi tahunan dan kami anggap sebagai gathering la. Lokasi tahun ni di Medan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru, Melaka dan tarikh pulak pada Sabtu lepas, 28hb Ogos 2010. Sengaja pilih tengah2 puasa sebab ramai kawan2 dah berumahtangga..jadik mungkin kena balik kampung isteri untuk tahun ni kan..Kalau tahun2 sebelum ni , memang majlis bese buat lagi 2-3 hari nak raya…

Tempat cantik, fasiliti bagus dan makanan boleh tahan.. Cuma, masih ade faktor2 yang perlu kami perbaiki pada masa akan datang dan yang pastinya, untuk tahun depan..tempat memang kena besar dan kalau boleh ade playground sebab geng2 Sultanated Junior semakin ramai dan membesar🙂 Yes,our family is growinggg… tak sabar nak join the list…

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk semua sahabat yang hadir memberi sokongan.. pada yang sudi join for the first time dan terutamanya pada yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis nie.. Geng2 organizer Melaka, Cham Kebal,Senik & Wan Snook, jugak pada sahabat2 yang sudi sponsor mcm2 untuk majlis nie.. Kamal & Gaban untuk kek, Anoq untuk banner, Ilam & Udeng untuk tambahan item dlm goodies bag, Luqman untuk hamper..dan sume2 la ye.. Sori kalau tak tersebut nama.

Cuma ade la sikit rasa terkilan sebab ade sahabat yang tak dapat hadir memeriahkan majlis..Takpe, kitaorg faham dan aku sangat yakin jumlah penyertaan akan bertambah pada tahun2 mendatang. Ucapan maaf peribadi drp aku untuk kawan2 yang bawak anak2 sebab aku tertinggal sampul duit raya (yang dah isi ye) kat KL.. aku memang dah niat nak bagi dah😦 Hmm, maknanya korang kena bawak anak2 datang rumah aku raya nie…🙂

Ok la eh… enjoy gambar2 random sepanjang majlis dan akhir kata, nak ambik kesempatan ni untuk ucap

SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir & Batin…

kalau rajin, nanti aku post entri khas untuk ucapan raya plak..huhu


hensem kann??? (untung ade blog sendiri :P)

OK, takpon klik link kat bawah untuk Flickr slideshow…ade lagi gambar2 lain sana🙂

  
Mohd Fairus Aris

This entry was posted in outdoor session & special occasion, personal and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to IFTAR @ Gathering Sultanated | 28 Ogos 2010

  1. tuah says:

    alhamdulillah diberi kesempatan untuk menghadiri iftar tahunan sultanated utk kali pertama.

    tahniah pada penganjur, terima kasih pada yg support material, n terima kasih juga pada kawan2 yg support majlis ini.

    iallah next time ada xtvt sultanated lagi aku join,nnt aku usha pasal duit kelab sultanated

  2. johnlabu says:

    nice….🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s