Pesta Ramadan demi Syawal | 4 Sept 2010

Assalamualaikum,

Ok, aku kira ini entri terakhir sebelum APAIPICTURES cuti beraya🙂

Sebelum tu aku nak amik kesempatan ni sekali lagi untuk ucap ..

          SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Maaf Zahir & Batin.. pada semua yang mengenali, terutama buat keluarga dan tunang tercinta+keluarga.

Entri ini sebenarnya kira projek persendirian aku.. memang dah lama plan,sekali rupanya office mate aku si Bett pon ade perancangan yang sama cumanya dia ni ahlil video.. Still shoot with DSLR cuma fokus pada video.. So, kami pon bertolak ke destinasi pada tarikh 4hb September 2010.

Projek ni ade kawan-kawan cakap kategori street photo..ade yang kata photojournalism.. aku pon bukanlah jenis yang arif dalam menakrif cabang-cabang fotografi ni tapi memang niat aku untuk ada koleksi gambar di sekitar kawasan Masjid Jamek, Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Kawasan ni memang kita sedia maklum akan meriah ya amat bila tiba musim raya. Fokus awal aku untuk shoot subjek yang berkenaan Ramadan dan senibina-senibina unik di kawasan sekitar, rasanya dah berubah ke shoot berkaitan Hari Raya Aidilfitri :p

Masjid Jamek dan Masjid India ni ada sejarahnya tersendiri yang mana kalau kita tak pelihara, tak mustahil akan lenyap dua monumen ni dek kerakusan pembangunan kota. Alhamdulillah. aku dapat peluang untuk tunaikan solat di kedua-dua masjid cumanya ade peristiwa yang buat aku fikirkan dan benda ni adalah fakta yang memberi trauma. Masa aku kat Masjid India tu.. ade sorang pakcik perasan aku bawak kamera..dan dia pon tau yg kamera jenis ni agak mahal. Aku letak atas beg sementara bukak kasut..memang niat nak simpan jugak lepas bukak kasut dan time tuh Bett panggil aku letak kasut kat rak bawah. Mungkin pakcik tu ingat aku nk simpan beg kamera kat bawah..”Dik, jangan tinggal kamera..bahaya..”. Tapi aku mmg x berani pon nak tinggalkan..pastu, masa nk kuar..memang nampak beberapa signboard psl simpan elok2 barang berharga dan kasut. Kebetulan pulak, ari Jumaat sebelumnya..sandal aku hilang masa aku solat Jumaat..dah la Cik Tun yang hadiahkan sandal tu..maaf ye sayang😦

Moral cerita aku td sebenarnya, masjid yang sepatutnya suci dan terpelihara kini bukan lagi tempat yang kita boleh kategorikan sebagai selamat. Niat di hati nak pegi solat..tunaikan ibadah..tapi dalam keadaan ragu2..sebab takut barang berharga kita hilang. Kalau ade perasaan yg mcm ni, amat susahlah nk mendapat khusyuk tu kan?? Tak lupa jugak cerita Cik Tun punya kawan yang kehilangan beg tangan kat surau Mid Valley masa tgh nak ambik wuduk..bayangkan duit raya yg baru tukar,ic & byk brg penting lain sume hilang time beberapa hari jek lagi nak raya.
Bukan nak berceramah.. tapi fikir2 kan lah ek..

Berbalik pada tujuan asal.. aku dan Bett melusuri Jalan TAR untuk tengok gelagat warga kota membeli-belah. Memang lautan manusia dan aku cakap kat diri sendiri, kalau aku diberi rezeki untuk ada anak..memang aku takkan bawak la anak aku tue untuk hadap kesesakan manusia camtu. Macam-macam gelagat dan itulah sebenarnya sebahagian daripada keunikan Kuala Lumpur/Malaysia.

Terserempak gak la dengan jurugambar tersohor..Syahrin Aziz, Udey Ismail, Sani Rahman dan beberapa orang lagi..diaorg pun dok layan shoot kat sana. Mintak maaf bang eh sebab x join bukak pose dgn korang.. lain kali, insyaAllah.

Ok la.. layan gambar.. baca banyak2 kang senang terlelap bulan2 pose ni🙂

Errmm.. layan kat slidehow la utk lain-lain gambar okey..

  
Mohd Fairus Aris

This entry was posted in outdoor session & special occasion, personal and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Pesta Ramadan demi Syawal | 4 Sept 2010

  1. AnneMum says:

    aku rasa sani rahman tu kawan sekolah aku…ada kt facebook aku ..😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s