Myra & Izzuan | 3,4 & 11 Dec 2010

Assalamualaikum,

Pasangan yang akan menghiasi entri kali nie ialah Myra & Izzuan dan APAIPICTURES dengan rasminya mengisytiharkan yang ini ialah tugasan terakhir untuk tahun 2010. Ade lagi satu benda nak isytihar tapi di penghujung nanti la. Majlis di sebelah pihak Myra berlangsung pada 3 & 4 Disember (Alor Gajah) manakala majlis di pihak Izzuan pulak berlangsung kelmarin, 11 Disember di Skudai.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan kesihatan yang baik kepada saya untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan..syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat dan kurniaan dariNya.

Myra nie merupakan sepupu kepada kenalan baik saya yang keluarganya dah saya anggap macam keluarga sendiri. Tugasan pertama sebagai jurugambar rasmi pon bermula dari keluarga nie dan dah beberapa kali jugak bekerjasama. Onie & Fitri (dah ade Marsha)..Tina & Pen (bakal ibu & ayah)..Ijjah & Naim (dah ade baby gak)..Akikah Adam (putera Kak Tini) & Syireen (puteri Raha).. Terima kasih buat keluarga mak Sharifah Shafie dan terutamanya buat anak bujang beliau merangkap sahabat, JohnLabu (psstt..tunggu majlis ko jek nih). Saya panjangkan ucapan terima kasih nie jugak untuk pasangan pengantin,ibubapa dan keluarga beliau.

Sentuhan dari Kak Salima Samail berjaya menyerikan lagi mereka ni sepanjang bergelar mempelai. Pasangan muda ni sangat sporting termasuk juga dengan keluarga kedua belah pihak. Memang best dan rasa berbesar hati la dapat shoot untuk majlis korang..Nicee !! 🙂

Majlis di Skudai pon berlangsung meriah dan jayanya. Terima kasih buat JohnLabu dan Senik yang sudi menolong sampai ke outdoor shoot session di dalam kawasan UTM.. melompat2 diaorg aku kerjakan :p

Pemilihan konsep untuk majlis perkahwinan diaorg ni sebenarnya banyak match dengan apa yang aku nak masa majlis aku satu hari nanti (insyaAllah).. dipendekkan cerita, less is more.. subjek utama untuk hari perkahwinan ialah pengantin itu sendiri, jadi jangan biarkan hiasan dan faktor lain ‘menenggelamkan’ anda. Ade banyak yang aku ingin kongsikan sebenarnya pasal konsep tapi nanti la untuk satu entri khas, ok🙂

Dan benda yang tadi kata nak isytihar tu sebenarnya hanyalah pendapat peribadi seorang jurugambar di majlis perkahwinan iaitu pasangan Myra & Izzuan boleh dikira sebagai ‘Couple of The Year’🙂
Bukanlah bermaksud yang lain tu tak best..betul ni, jangan salah sangka tau..cumanya dari segi gambar, pencahayaan, turutan majlis, komunikasi dan tahap sporting.. ini antara yang terbaik dari kaca mata APAIPICTURES. Mungkin ade sangkut paut dengan konsep yang aku cakap tadi.. rasanya bakal-bakal pengantin dan klien boleh amik berat mengenai pemilihan warna pada majlis bersejarah korang nanti. Kena belajar la pasal warna ape yang sesuai untuk tone kulit kita dan bagaimana warna mempengaruhi gambar-gambar yang akan dihasilkan sebabnya di akhir cerita setiap majlis, gambar perkahwinan yang mungkin kekal abadi dalam simpanan kita. Ini hanyalah pendapat peribadi eh..

Iklan sikit, Izzuan ni kira usahawan muda..anak kepada En.Darus, pemilik D’Izsh Katering yang terkenal di sekitar JB dengan nasi ayam..tapi bukan nasi ayam biasa.. Nasi Ayam Panggang Madu.. terbaekk wokk !! So, leh la contact2 dia kalau ade yang nak merasa ye.. check pd gambar untuk contact info k.

Akan ade banyak gambar untuk entri kali ni sebab rangkuman untuk 3 hari punya majlis kan.. nikah, sanding & tandang.
Sebelum tue, nak mohon maaf pd Myra & Izzuan kalau ade salah silap tu ye..yang mane ‘ter-ter’ tu..terkoyak ke…ter’kejebuk’ ke..sori eh🙂

So, jom la kita layan gambar eh..atau terus klik kat link bawah ni je..weehoo🙂

atau di FB album : http://www.facebook.com/home.php?sk=lf#!/album.php?aid=305910&id=522403139

..akan ade update lagi..insyaAllah

  
Mohd Fairus Aris

Gallery | This entry was posted in wedding and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s