Terima kasih dari APAIPICTURES untuk tahun 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Akhirnya tahun 2010 Masihi hampir sampai ke penghujungnya dan jika dizinkan oleh-Nya dan dipinjamkan nafas untuk beberapa ketika, maka dapatlah kita merasa nikmat udara di tahun 2011 nanti.. Saya panjatkan syukur yang tidak terhingga ke atas limpah kurnia yang diberikan ke hamba yang tidak selayaknya ini. Hina rasa diri bila hamba ini hanya selalu menerima walhal tidak selalu memberi dan mengingati padaNya yakni gagal menjalankan perintah yang diamanahkan. Doa hamba ini agar dalam hayat yang sementara ini, dapat kiranya perintah itu dijalankan dengan taat supaya cukup bekalan di akhirat yang kekal abadi.

Bercakap kepada diri sendiri di samping harap dapat memberi pesan kepada yang lain yang bahawasanya kita selalu megah menghukum dan bertindak seolah-olah lupa yang kita ini hanya pinjaman…nafas ini hanya pinjaman… nikmat dunia itu sementara… yang kekal abadi hanya Dia dan akhirat yang dijanjikanNya. Marilah kita sentiasa bersyukur dan menginsafi diri..cermin diri dan berbicara dalam hati… usah sentiasa selalu ketawa, tatkala maut pastikan hadir tak kira masa..

Dua perenggan pertama ini adalah perkara yang selalu membuat saya berasa malu..tapi diri lemah ini sentiasa lupa lantas tertanya-tanya.. layakkah aku mendapat syurga??

Ucapan penutup APAIPICTURES tahun ini ditujukan khas kepada keluarga, tunang dan bakal keluarga (insyaAllah..) , sahabat handai dan pastinya klien-klien APAIPICTURES yang sudi memberi kepercayaan untuk merakam detik bersejarah mereka. Jujurnya, saya tidak menyangka untuk sampai ke tahap sibuk sebegini walhal ilmu fotografi saya diakui tidak sehebat nama-nama besar yang kita sendiri sedia maklum kehebatannya..terlalu ramai untuk disebut dan jumlah ini semakin bertambah dari hari ke hari. Ada terlalu banyak cerita dalam keluarga fotografi Malaysia.. alirannya, sikapnya, caranya.. terpulang pada kita untuk menaksir setiap sesuatu itu dalam cara sendiri.. cara positif jalan terbaik pastinya, cuma rasa iri itu selalu didahulukan sehingga suasana negatif itu tercetus dengan sendirinya.

Gambar yang cantik..cukup sifatnya..betul tekniknya…’hidup’ emosinya di mata adalah sesuatu yang sangat subjektif dan besar penilaiannya pada setiap individu. Fahamlah bahawa Allah tidak mencipta kita sama sahaja. Belajar dan terus belajar..cuba untuk kekal rendah diri mungkin dapat membantu setidak-tidaknya untuk diri saya sendiri. Tidak perlu terlampau ego dan bangga dengan pencapaian tatkala itu juga hanya pinjaman dariNya. Lebih elok berkongsi dan saling mengingati dengan nada berseni..agar kita semua maju seiring. Ungkapan dalam filem Laskar Pelangi “hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya..bukan menerima sebanyak-banyaknya” menjadi sesuatu yang selalu membangkitkan berahi saya untuk terus berusaha. Harap terus mendapat sokongan semua.

Ucapan terima kasih ini saya panjangkan lagi kepada keluarga klien-klien APAIPICTURES yang sudi bekerjasama sepanjang saya menjalankan tugas. Tidak lupa kepada bakal klien yang memberi peluang kepada saya untuk tahun hadapan. Disisipkan ucapan maaf juga kepada semua andai ada yang tidak memuaskan hati, tersilap kata, tersalah percaturan masa dan kiraan harga sepanjang kita bekerjasama. Semua yang tidak dijangka ini akan memberi pengajaran berguna untuk diri saya supaya bekerja dengan lebih cermat dan bertanggungjawab adanya.

Sedikit pesan berdasarkan pengalaman saya, mungkin ilmu ini terhad tetapi cukup rasanya untuk memberi sesuatu yang berguna. Khas untuk bakal klien dan bakal pengantin, fahami kehendak fotografi anda di majlis bersejarah nanti. Ringkasnya, anda ingin majlis yang meriah, gemilang dan bersejarah dan pastinya anda juga mahukan setiap detik-detik ini dirakam agar menjadi kenangan di hari mendatang. Jurugambar anda bertanggungjawab melaksanakan tugas ini..tetapi anda juga perlu bekerjasama dalam merealisasikan tujuan ini. Luangkan masa untuk memahami keadaan cahaya dan warna semasa majlis kerana dua elemen inilah yang bakal memberi impak kepada majlis tersebut. Kenal warna kulit anda dan warna yang sepadan dengannya.. terlalu banyak untuk disampaikan dan pesan ringkas, berbicaralah dengan jurugambar dan berbincanglah seadanya. Mood jurugambar turut memainkan sedikit peranan.. kenyataan yang boleh disanggah jika diungkap dengan nada berniaga. Tidak perlu terlampau kompleks..cuma kekalkan budi bicara dan sematkan yang mereka juga manusia yang bekerja sekaligus tidak mahu dianggap sebagai hamba.

Mengakhiri ucapan dan bual bicara..hanya rasa syukur dan ucapan terima kasih lagi yang mampu diungkapkan. Sokongan anda semua terlalu berharga untuk dilafaz dalam bentuk kata-kata. “Ya Allah..Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Kau berkatilah hidup kami semua dan hindarkanlah sengketa juga malapetaka.”

Bertemu lagi kita di tahun hadapan jika diizinkanNya.. dan benarkan saya bercuti seketika. Melepas lelah penat bekerja dan mengqada’ rindu pada tunang tercinta..

Psst, atas masalah roaming..no telefon saya tidak akan berfungsi bermula dari pukul 1.20 tengahari @ 22hb Disember hingga 1 Jan 2011. Hubungi saya melalui Internet (Facebook/Yahoo) okay🙂

  
Mohd Fairus Aris

This entry was posted in personal and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Terima kasih dari APAIPICTURES untuk tahun 2010

  1. AnneMum says:

    wah wah…byk duit la tu sampai bercuti ke merlbourne .. kalo gitu..aku bank in kan 100 ko 31 dec ye..

    Selamat bercuti…mohon ampun dan maaf diatas kelewatan hutang aku ye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s