Fazian & Sue | 5-6 Nov 2010

Entri wedding kali ni untuk pasangan Fazian & Suhaida atau aku panggil Sue. Sue ni sebenarnya rakan sekolej aku dulu, antara kolej tersohor di Seremban suatu ketika dulu..ahaks :p

Sue amik course graphic dan aku pulak Comp. Sc. Aku ni pulak mmg agak kurang bersosial dulu, jiwa rempit..so, takde la rapat sangat.. maklum la, time weekend jek terus balik Melaka..langsung takde nak join xtvt2 kolej ke ape. Tapi bila dah masuk zaman2 bekerja nie & dengan adenya Facebook..start contact2 balik la. Aku rapat dgn Yon, member kolej yg skg ni Graphic Designer termashyur kat Seremban..siap buat part time jual kek lapis lagi… dan Yon pulak kira sahabat baik Sue…nampak tak perkaitan tue..huhu.

Sue dah book aku lama dah, so terima kasih la aku nak ucap atas kepercayaan tue dan aku cuba la laksanakan tugas sebaik yg mungkin masa majlis dia ni.. Sue kenal buah hati dia, Fazian kat USM, Penang sebab diaorang sama tempat kerja. Kalau korang ni bintang filem, kira ‘Cinta Lokasi’ orang panggil 🙂

Ok la eh, enjoy sikit gambar drp majlis Fazian & Sue..didoakan semoga korang berbahagia selama-lamanya.. Amiinnn.

Kalau nk layan lebih gambar, klik je link bawah nie :-

http://www.flickr.com/photos/apaisnapshot/sets/72157625241584153/show/

Pstt..kalo korang pasan..muka Fazian ni mcm muka Saiful Nang ek.. ke mata aku sorang jek :p

  
Mohd Fairus Aris

Posted in wedding | Leave a comment

Azlin & Hafisz | 09 Okt 2010

Entri ini untuk majlis persandingan Maziatul Azlin & Hafiszullah yang berlangsung pada 09 Oktober 2010. Majlis ni adalah untuk sebelah Apisz sebab diaorang dah selamat nikah seminggu sebelum nie.

Majlis berlangsung di Desa Mentari, Petaling Jaya dan adik perempuan Apisz pon turut sama bersanding hari tuh. Makna kata..ade 2 pasang pengantin..dan memang komuniti situ bagus la sebab masih lagi amalkan konsep gotong-royong untuk majlis kahwin…siap ade kambing panggang tuh. Silat Pulut yang dok persembah kat pengantin jek sampai 4-5 orang.. salam-tarik-salam-tarik-salam..hoho, kesian pengantin.

Alhamdulillah la majlis berlangsung dengan selamat, cuma panas sket la masa berarak tuh, rasa mcm nak terbakau tapak kaki. Takpe la,, anggap sauna semulajadi jek :p

Tahniah untuk Lin & Apisz..APAIPICTURES ucapkan terima kasih sebab sudi guna khidmat fotografi dan didoakan agar korang berbahagia sampai ke akhir hayat. Tak lupa gak nk ucap terima kasih kat pengapit lelaki & perempuan yang sporting dan tak berkira.. nie baru kate sahabat 🙂

Orait ha..kita layan gambar pulak..


Mohd Fairus Aris

Posted in wedding | Tagged , , , | Leave a comment

Diyana & Azarul | 02-03 Okt 2010

Hullo…

Entri kali untuk majlis perkahwinan Fathihatul Diyana a.k.a DD & Azarul Ariff.. DD dah ‘booked’ aku seawal bulan Mac lalu.. terima kasih atas kepercayaan tuh dan memang nampak la DD sangat teliti atur majlis bersejarah beliau.. Majlis yang segar kat mata aku dek kemekaran fresh flower dan kombinasi warna yang best 🙂

DD & Azarul selamat bergelar sebagai suami isteri pada 02 Okt dan majlis sanding lak buat 03 Okt 2010. Berpeluang la sesat kat kawasan Sri Andalas/Kota Raja tu kejap..tapi Alhamdulillah la sebab setiap kali aku sesat kalau pegi nk buat job wedding..aku selalu akan jumpa port utk shoot outdoor gak..

DD ni pulak memang ramai sepupu-sepapat yang sporting dan mesra kamera..rasanya korang leh tengok drp pose2 gambar kat bawah tue..hehe. Sori la kat diaorg kena dera tengah panas dengan aku lepas majlis nikah petang Sabtu tuh..

Kredit jugak la dengan brader King yang menyiapkan gubahan hantaran utk DD jugak utk make-up dan pelamin dari Fasz Creative, Sungai Buloh..Tak lupa untuk juruvideo masa majlis nikah, Nizam dari Bobot Studio dan untuk hasil kerja aku pulak..harap DD & Azarul suka laa. Tahniah untuk korang..dan aku yakin korang akan jadik pasangan yang bahagia atas keserasian yang memang terserlah..

Dan ini pulak untuk slide masa hari pernikahan 🙂

  
Mohd Fairus Aris

Posted in wedding | Tagged , | Leave a comment

Marzuki & Ima Maizura | 18 Sept 2010

Salam,

Alhamdulillah..jumpa lagi kita..harap sume dah puas beraya & sekarang masa untuk kita kembali bekerja. Yang adik2 pon,,dah masuk zon kritikal utk exam2 besar… jawab elok2 ye nanti..

Ini kira job pertama lepas balik bercuti raya.. Pasangan Marzuki & Ima Maizura ni aku kenal melalu sahabat aku yg dok study kat UK nuh, Syahid..patutnya dia yg shoot, tp ‘malas’ katanya, tapi aku paham dgn dia punya pening psl hal nk balik UK… Ima pon deal thru FB jek dgn aku sebab diaorg still kat UK mase tuh.. dan aku ditugaskan untuk shoot majlis pertunangan & nikah je.. Kira bertunang then..tukar baju untuk nikah plak…senang dan ringkas. Diaorg pon balik bercuti raya dan langsungkan wedding sekali..pasni gi sana balik sambung study..Portsmouth ek??

Sabtu ni diaorg akan buat majlis sanding lak kat Dewan Taman Rekreasi Ampang Hilir.. APAIPICTURES doakan semoga majlis berjalan lancar..okey.
Sori tak dpt datang..ade majlis lain nak kena hadir. Lepas ni pakat elok2 ha duk tempat orang 🙂

K la, takmo buang masa …bak kata member korang, masa hari nikah tu..”This is to all Pompeys..” Hehe,layan sikit gmbr2 ari tuh ek…

Ada lagi gambar dalam slideshow ni :-

Oh ye, sebelum tue..nk bgtau..jurumekap Ima kali ini ialah Gee.. nie kali kedua aku bekerjasama dengan dia ..sebelum ni utk couple Pet & Wawa.. kalau minat dgn hasil kerja dia.. klik link bawah ye.. & thanks Ima for the Mark & Spencers Cream Bath..ade ke Gee kata cencalok :p

http://geecantik.blogspot.com/

Time2 lepas raya mcm ni..tahun depan..aku lak nak kawen, boleh???

  
Mohd Fairus Aris

Posted in engagement, wedding | Leave a comment

Pesta Ramadan demi Syawal | 4 Sept 2010

Assalamualaikum,

Ok, aku kira ini entri terakhir sebelum APAIPICTURES cuti beraya 🙂

Sebelum tu aku nak amik kesempatan ni sekali lagi untuk ucap ..

          SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Maaf Zahir & Batin.. pada semua yang mengenali, terutama buat keluarga dan tunang tercinta+keluarga.

Entri ini sebenarnya kira projek persendirian aku.. memang dah lama plan,sekali rupanya office mate aku si Bett pon ade perancangan yang sama cumanya dia ni ahlil video.. Still shoot with DSLR cuma fokus pada video.. So, kami pon bertolak ke destinasi pada tarikh 4hb September 2010.

Projek ni ade kawan-kawan cakap kategori street photo..ade yang kata photojournalism.. aku pon bukanlah jenis yang arif dalam menakrif cabang-cabang fotografi ni tapi memang niat aku untuk ada koleksi gambar di sekitar kawasan Masjid Jamek, Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Kawasan ni memang kita sedia maklum akan meriah ya amat bila tiba musim raya. Fokus awal aku untuk shoot subjek yang berkenaan Ramadan dan senibina-senibina unik di kawasan sekitar, rasanya dah berubah ke shoot berkaitan Hari Raya Aidilfitri :p

Masjid Jamek dan Masjid India ni ada sejarahnya tersendiri yang mana kalau kita tak pelihara, tak mustahil akan lenyap dua monumen ni dek kerakusan pembangunan kota. Alhamdulillah. aku dapat peluang untuk tunaikan solat di kedua-dua masjid cumanya ade peristiwa yang buat aku fikirkan dan benda ni adalah fakta yang memberi trauma. Masa aku kat Masjid India tu.. ade sorang pakcik perasan aku bawak kamera..dan dia pon tau yg kamera jenis ni agak mahal. Aku letak atas beg sementara bukak kasut..memang niat nak simpan jugak lepas bukak kasut dan time tuh Bett panggil aku letak kasut kat rak bawah. Mungkin pakcik tu ingat aku nk simpan beg kamera kat bawah..”Dik, jangan tinggal kamera..bahaya..”. Tapi aku mmg x berani pon nak tinggalkan..pastu, masa nk kuar..memang nampak beberapa signboard psl simpan elok2 barang berharga dan kasut. Kebetulan pulak, ari Jumaat sebelumnya..sandal aku hilang masa aku solat Jumaat..dah la Cik Tun yang hadiahkan sandal tu..maaf ye sayang 😦

Moral cerita aku td sebenarnya, masjid yang sepatutnya suci dan terpelihara kini bukan lagi tempat yang kita boleh kategorikan sebagai selamat. Niat di hati nak pegi solat..tunaikan ibadah..tapi dalam keadaan ragu2..sebab takut barang berharga kita hilang. Kalau ade perasaan yg mcm ni, amat susahlah nk mendapat khusyuk tu kan?? Tak lupa jugak cerita Cik Tun punya kawan yang kehilangan beg tangan kat surau Mid Valley masa tgh nak ambik wuduk..bayangkan duit raya yg baru tukar,ic & byk brg penting lain sume hilang time beberapa hari jek lagi nak raya.
Bukan nak berceramah.. tapi fikir2 kan lah ek..

Berbalik pada tujuan asal.. aku dan Bett melusuri Jalan TAR untuk tengok gelagat warga kota membeli-belah. Memang lautan manusia dan aku cakap kat diri sendiri, kalau aku diberi rezeki untuk ada anak..memang aku takkan bawak la anak aku tue untuk hadap kesesakan manusia camtu. Macam-macam gelagat dan itulah sebenarnya sebahagian daripada keunikan Kuala Lumpur/Malaysia.

Terserempak gak la dengan jurugambar tersohor..Syahrin Aziz, Udey Ismail, Sani Rahman dan beberapa orang lagi..diaorg pun dok layan shoot kat sana. Mintak maaf bang eh sebab x join bukak pose dgn korang.. lain kali, insyaAllah.

Ok la.. layan gambar.. baca banyak2 kang senang terlelap bulan2 pose ni 🙂

Errmm.. layan kat slidehow la utk lain-lain gambar okey..

  
Mohd Fairus Aris

Posted in outdoor session & special occasion, personal | Tagged , , , , | 1 Comment

IFTAR @ Gathering Sultanated | 28 Ogos 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, tinggal tak berapa hari lagi nak raya dan diam tak diam, kita dah berpuasa lebih dari 20 hari.
Entri blog kali nie adalah berkenaan Majlis Berbuka Puasa lagi dan kali ni dengan rakan-rakan dari zaman sekolah menengah.. Kalau perasan, dah ade beberapa post pon cerita mengenai geng2 Sultanated nie.. Aku kongsi cerita la sikit mengenai sejarah Sultanated nie ye..sebenarnya gelaran Sultanated ni kami gunakan mula dari tahun 96-97 camtu la..waktu tu kami form 2-3..dan aliran fesyen hebat time tu adalah dari jenama Alien Workshop. Kebanyakan siri fesyen dari jenama ini dilabelkan sebagai “Alienated”. Kita nie kan senang terpengaruh..so, sapa yang bersekolah pada zaman tuh mesti ingat dengan seluar denim besar banyak poket dan logo kepala alien dengan mata bulat besar tue :p

Nama sekolah pon Sultan Muhammad.. dan time tuh sume gila brand ‘Alienated’ ni.. tup2, kami dah gelar batch kami as a SULTANATED.. tapi yang bangganya, kami dapat tau yang gelaran SULTANATED ni terus diguna pakai oleh batch2 selepas kami..kira kalau ex-Sultan Muhammad tuh..SULTANATED la kira..huhu.. Tapi title pioneer dia kira batch kitaorg la..

Ok, cukup cerita sejarah.. Majlis Berbuka Puasa ni sebenarnya memang dah jadik acara rasmi tahunan dan kami anggap sebagai gathering la. Lokasi tahun ni di Medan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru, Melaka dan tarikh pulak pada Sabtu lepas, 28hb Ogos 2010. Sengaja pilih tengah2 puasa sebab ramai kawan2 dah berumahtangga..jadik mungkin kena balik kampung isteri untuk tahun ni kan..Kalau tahun2 sebelum ni , memang majlis bese buat lagi 2-3 hari nak raya…

Tempat cantik, fasiliti bagus dan makanan boleh tahan.. Cuma, masih ade faktor2 yang perlu kami perbaiki pada masa akan datang dan yang pastinya, untuk tahun depan..tempat memang kena besar dan kalau boleh ade playground sebab geng2 Sultanated Junior semakin ramai dan membesar 🙂 Yes,our family is growinggg… tak sabar nak join the list…

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk semua sahabat yang hadir memberi sokongan.. pada yang sudi join for the first time dan terutamanya pada yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis nie.. Geng2 organizer Melaka, Cham Kebal,Senik & Wan Snook, jugak pada sahabat2 yang sudi sponsor mcm2 untuk majlis nie.. Kamal & Gaban untuk kek, Anoq untuk banner, Ilam & Udeng untuk tambahan item dlm goodies bag, Luqman untuk hamper..dan sume2 la ye.. Sori kalau tak tersebut nama.

Cuma ade la sikit rasa terkilan sebab ade sahabat yang tak dapat hadir memeriahkan majlis..Takpe, kitaorg faham dan aku sangat yakin jumlah penyertaan akan bertambah pada tahun2 mendatang. Ucapan maaf peribadi drp aku untuk kawan2 yang bawak anak2 sebab aku tertinggal sampul duit raya (yang dah isi ye) kat KL.. aku memang dah niat nak bagi dah 😦 Hmm, maknanya korang kena bawak anak2 datang rumah aku raya nie… 🙂

Ok la eh… enjoy gambar2 random sepanjang majlis dan akhir kata, nak ambik kesempatan ni untuk ucap

SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir & Batin…

kalau rajin, nanti aku post entri khas untuk ucapan raya plak..huhu


hensem kann??? (untung ade blog sendiri :P)

OK, takpon klik link kat bawah untuk Flickr slideshow…ade lagi gambar2 lain sana 🙂

  
Mohd Fairus Aris

Posted in outdoor session & special occasion, personal | Tagged , , | 2 Comments

Majlis Berbuka Puasa bersama warga Rumah Anak Yatim Darul Izzah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..dah seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh berkat nie. Harapnya diberi kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan ibadah puasa sehingga penghujungnya..

Entri kali ni adalah berkenaan majlis berbuka puasa. Aku perasaan yang sahabat aku dalam bidang fotografi ni, Diwant, dok offer kat FB kot ade sesapa nak join dia shoot Majlis Berbuka Puasa bersama warga Rumah Anak Yatim Darul Izzah di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. So, aku join la sebab aku pon x buat ape Sabtu lepas.
Tujuan utama aku lebih pada nak mahirkan diri shoot dalam keadaan ‘low light’ disamping beramal la kira. Job ni sebenarnya kira tajaan fotografi dari Diwant sendiri untuk majlis ni melalui syarikat dia, Detik Indah Wedding & Portrait Photography.

Aku tabik la sikap terpuji ni.. lebih-lebih lagi pada bulan mulia ni kan..sama2 la kita berbuat kebaikan lebih dari kadar biasa sebab Dia pon dah janjikan pahala yang berlipat kali ganda. Bukan la nak bersyarah ke apa tapi aku suka nak jadikan blog ni sebagai medan memupuk sikap kasih sayang dan perilaku2 baik lain selain dari berkongsi hasil kerja fotografi aku..

Berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya penganjur kepada majlis ni adalah pelajar-pelajar dari Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM) atau dulunya Akademi TV3. Majlis ni kira projek akhir diaorg sebab diaorg ni pon line broadcasting. Respek la kat diaorg atas penganjuran yang berkesan macam ni..dengan jumlah sponsor yang mereka dapat mcm Pusat Pakaian Hari-Hari, Adabi dan beberapa syarikat lagi..memang kira berjaya la gak.. anak-anak yatim yang hadir pon happy dengan aktiviti yang ada. Yang bestnya, sebab diaorg jemput Nazrey Johani..ex-Raihan untuk nyanyi 2-3 lagu drp album terawal Raihan.. sekarang Nazrey dok aktif buat kerja amal dan dalam proses nak bangunkan madrasah di Sabah. Beliau datang bawak anak-anak buah daripada kumpulan Algebra.. leh tahan gak diaorg perform. Pulak tu, ade Datok Yahya Sulong, veteran komedi Malaysia..sempat la aku dok borak dengan beliau lepas2 berbuka tuh..dok citer pasal sejarah Kelab Sultan Sulaiman ni yang sememangnya dianggap antara monumen sejarah Kuala Lumpur dan bangsa Melayu sendiri. Tahun-tahun mendatang bila diaorg dah bangunkan Kg. Baru… maka lenyaplah sebahagian dari sejarah.

Ok eh..panjang dah bercerita..masa untuk share gambar..tapi sebelum tu nk ucap terima kasih kat semua terutama kat Diwant/Detik Indah la… ade rezeki, kita tag lagi 🙂

Ok, kalau nak layan lagi gambar-gambar lain..leh layan slide FLICKR, klik bawah tu ye 🙂

http://www.flickr.com/photos/apaisnapshot/sets/72157624727966878/show/

  
Mohd Fairus Aris

Posted in event | Tagged , , , , | 1 Comment